Malaysian with New Technology

Tuesday, 13 April 2010

Design




design 1 presentation from acad 2010
design 2 presentation from acad 2010

Hasil tanganku...ilham dari Ilahi...
Sesiapa berminat untuk hasilkan karya 3D presentation call me 019-7622487
   
proposal tower in mersing.......

Monday, 12 April 2010

Dalam Diri

Salam...

Hari ini sudah tentu meninggalkan kenangan pada ku dan diri mu..sedih, pilu, tawa dan gembira. Angin resah kekadang menerobos benak minda, terpaku dek alpa yang tidak pun di undang. Renyah resah dan tidak senang duduk di buatnya. Miskipun minda tewas menampung duka nan melimpah..hati masih cekal pada-NYA.

Alhamdullillah..darjatku di angkat-NYA, Insyaallah dugaan yang seketika walau bukan sekelip mata. Ayuhhhh!!! Tetap lah hati..tetap la jiwa..terusan tasbih pada-NYA.

Hari mu mungkin berbeza..Tenang...Nyaman..amat berharga tatkala cahaya di ufuk meneman mu tanpa jemu..Deruman jentera menjadi tasbih mu. Gigitan suara sumbangku cuma menjadi sepoi angin yang lalu..Ku lihat kegembiraan di mata mu..seperti ada sinar di penghujungnya. Kau masih rela menjenggok mindaku yang bertakung duka..sedang aku masih mencari sinar...


EMAS

Sunday, 11 April 2010

Ramunia Beach Resort

Peeerhhh...

Seronok bersama family berehat di rumah kampung...betol-betol best...
hitamkan diri ngan memancing...Kerapu, cermin, kerisi..

Yang lelain lepak kat rumah rehat..,main air, beborak, masak-masak...
pancing orang....

pantai dia okey....

melepak atas batu ni menunggu mata kail di sambar ikan..

doa selamat sempena sambutan hari lahir pad bulan 3 dan 4. 

    
sekiranya aku ombak.........

 kerusi beracun.....

 
bila ni nak mandi....

perhhh...apa nak di bakar ni.....oder da jalan ikan x naik laut lg...

pesta mandi tepung.......

keja sekolah aku da siap lum eh??? tak sabar nak mandi ni...

 penunggu laut tumpang mandi sekali......?????
mandi-mandi...

Malam selepas penat terus sambung memancing...sampai pukul 2pagi..balik mandi, kemudian berborak jejak pukul 3.30 pagi. .....baru cari tempat beradu..
Masa pantas berlalu..esok kena kerja...kehidupan diteruskan.

Thursday, 8 April 2010

Kisah Perjalanan Kehidupan

Assalammualaikum...dan Salam Sejahtera..

Semalam ku kejar mentari merah di ufuk timur, malangnya cuma sebentar ianya berlabuh sementara tirai senja mengundang tiba. Kecewa aku bukan kepalang..terpaksa aku menanti semula hari esok ...menanti saat ianya muncul kembali. Derita ku meruntun jiwa..

Hari ini ku titipkan semangat baru sesegar suasana pagi bersama terbitnya mentari, terlupa seketika kisah semalam yang membungkam perasaan. Ku tatap keindahan alam sementara siulan kicawan beburung melagu irama kegirangan. Ku atur langkah meniti pagi yg indah.

Hari ini seperti hari-hari yang biasa, aksi ulangan semalam bermula kembali. Teratur seperti air dari hulu ke muaranya. Begitulah rantaian nan terjalin antaranya. Bunyian sang beburung mula bertukar deruman jentera membelah laluan berliku. Sesekali bingit horn pun menerkam mamaksa mata dan telinga menumpu garisan putih di perjalanan.

Tadinya yang suram bertambah riuh malahan semakin terkejar dik limpahan suria yang sinarnya melata. Deruman jentera nan kecil dan besar melaga-laga. Sesekali seakan berlumba, sesekala seakan beriring kekanan dan kekiri. Maksud di firasat mereka hanya mereka yang tahu..Kehulu mungkin ke Pasir Gudang, kehilir mungkin ke Simpang Rengam, kehadapan mungkin ke Johor Baharu..Apa nak di kata kiranya itulah tujuarah mereka, demi sesuap nasi untuk esok yg belum pasti.